WordArt ... untuk memberi definisi

Satu lagi strategi penggunaan WordArt dalam bilik darjah ialah sebagai set induksi untuk memperkenalkan satu-satu topik.  Contohnya definisi banjir kilat dan kesan rumah hijau.

Dalam set induksi, apabila topik baru diperkenalkan, pelajar diminta mencantumkan perkataan dalam WordArt menjadi rangkaian perkataan yang memberi makna kepada istilah yang akan dipelajari.

Definisi Banjir Kilat
Banjir kilat ialah  limpahan air yang berlaku serta merta selepas hujan lebat dalam tempoh sekejab sahaja di kawasan bandar kerana permukaan berturap tidak dapat menyerap air.

Definisi Kesan Rumah Hijau
Kesan rumah hijau ialah peningkatan suhu dunia akibat pertambahan gas-gas rumah hijau dalam atmosfera seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan metana.

No comments:

Post a Comment